Penipuan dalam bisnes adalah akhlak buruk yang terkutuk!!!

Salam jutaones,

Saya nak kongsi satu pengalaman yang biasa dalam dunia internet iaitu kes penipuan atau disebut dalam bahasa alam mayanya ” SCAM”. Pada 8 Julai 2009 yang lalu saya telah dihubungi oleh seorang ahli jutaones (user ID 2444-ID eload -101853) melalui SMS. Dia minta tolong dengan saya supaya  membantu kawan dia yang nak guna duit cepat iaitu dengan cara saya transfer duit ke akaun BIMB kawan dia dan dia akan transfer ke CIMB saya. Saya tanya dia kenapa? dia kata ‘kawan’ dia tu tak ada akaun CIMB ,BIMB je yang ada.

Oleh kerana dia mintak tolong..so saya pun tolonglah atas dasar dia ahli jutaones.com

Duit yang dia mintak transfer ke ‘kawan’ dia tu tak banyak just RM50.00 sahaja. Lalu dia pun hantar SMS jumlah,tarikh dan masa bank in kepada saya…saya pun check…duit tu ada seperti yang tercatat dalam SMS tadi.

Modus operandi dia mudah jer….

–>DIA BANK IN KE DALAM AKAUN CIMB  SAYA —>DAN SAYA BANK IN KEPADA KAWAN DIA(BIMB)<–

episod ke 2

Keesokkannya dia mintak  lagi RM50..modus operandinya sama seperti di atas.

episod ke 3

Dalam episod ini berlaku pada hari ke 3 selepas kejadian pertama berlaku, Allah Taala mencampakkan keraguan dalam hati saya. Lantas terdetik dalam hatiku “Dia ni semacam jer!!! entah-entah scammer …tak kan 2-3 kali kawan dia nak guna duit dalam keadaan  ‘urgent’ selalu..”..

So pada waktu itu saya pun ber ‘SMS’ panjang sikit dengan dia. Saya nak cuba selidik dulu kot-kot ada petunjuk dalam database pak cik ‘google’. Saya masih ingat lagi, dia SMS kat saya pada pagi jumaat dan saya tak layan sehinggalah ke petang. Itupun didesaknya saya supaya transfer ke akaun BIMB kawannya. Dia kata saya tipu sebab saya tak transfer kat kawan dia walhal duit saya dah terima RM50 + RM10 dari dia.

Untuk memecah keraguan itu, saya pun call hotline CIMB (1 300 880 900).

Saya pun cuba laporkan apa yang berlaku tetapi pihak CIMB tak dapat nak tolong kerana dia kata pihaknya tak boleh nak buat seperti yang saya hendaki. saya hanya minta pihak CIMB cuba sahkan transaksi yang berlaku benar-benar datang dari tuan empunya akaun.

Langkah kedua saya ambik ialah saya cuba copy and paste nama yang tercatat dalam transaksi akaun CIMB saya. Nama tersebut ialah penama yang transfer duit RM50 + RM10 ke akaun saya.(Ini adalah antara kelebihan CIMB berbanding internet banking MBB dan BIMB kerana dicatat dari siapa kita terima duit ).

Alhamdulillah..nama tersebut muncul dalam database pakcik google termasuk alamat emailnya yahoonya sekali.So, saya pun terus add dekat Yahoo Massenger.

Berlakukan chatting menchatting dengan empunya akaun CIMB tadi.Last sekali saya tanya dia , betul ke ada transfer ke akaun saya? dia kata ada..sebanyak RM50+RM10. Nak buat apa transfer ke akaun saya tu? dia kata nak join bisnes topup ezytopup..saya kebinggungan..saya tanya lagi adakah ada dia berSMS dengan saya tadi. Dia kata tidak. Sah, confirm ada sesuatu yang tak kena.so saya ceritakan perkara tersebut kepada pemilik akaun CIMB dan dia pun faham bahawa dia dah kena tipu dengan ‘agen ezytopup’ yang penipu besar.

Saya nak ringkaskan cerita, pertamanya,dalam kes ini sipenipu tadi telah berjaya menipu dan makan duit haram sebanyak RM100.00. Mangsa ketika tak  sempat…alhamdulillah saya berjaya pulang balik duit mangsa.

Yang kedua-

si penipu tadi cuba menggunakan akaun saya sebagai proksi kejahatannya.Dia fikir jika ada orang yang dapat kesan penipuannya, orang akan ‘terkam’ saya kerana akaun proksi adalah milik saya(admin jutaones).

Yang ketiga-

Allah Maha Kaya dan Adil, walau licik semacam manapun akhirnya ke ‘tanah’ jua. Rezeki yang dia dapat adalah HARAM yang akan menjadi darah dagingnya-dan selayaknya di makan api neraka-na’uzubilLah.

MODUS OPERANDI PENIPUAN DALAM KES INI

1-Menggunakan proksi akaun Bank pihak ke 3 untuk mencuri duit

2-Berpura-pura nak bantu kawan dia yang nak guna duit cepat.

3-Menggunakan pakai bisnes yang sah untuk mendapatkan duit secara tipu terutama duit pendaftaran dan sebagainya.

4-Merayu-rayu supaya mempercepatkan proses pindahan wang.

—–sedikit info si penipu dalam kes ini—-

1-Nama: Kharul Naim (seperti mana dalam database jutaones.com)

2-Email: wira_kita@yahoo.com

3-No Tel: 0136420956


-penipuan ini dapat dikesan di laman web di bawah

http://putera.forumotion.com/jualan-dari-pengedar-dan-secara-pukal-f13/ezytopup-bisnes-topup-paling-untung-t3034.htm

p/s- Diharapkan ahli jutaones.com dapat berawas dengan manusia ini.

Related Posts with Thumbnails

3 Comments so far »

  1. Mamat said,

    Wrote on July 26, 2009 @ 9:24 pm

    terima kasih ata pendedahan scam ni..

    betul tu saya pun kena tempiasnya jugak..

    sbb ape, dia copy dan paste ayat promosi yang saya buat di website saya dan menggunakan untuk tujuan jahatnya..

    saya dapat tahu ni pun daripada member CG yang duk bercerita tentang scam ni..

    mujurlah no akaun saya tak dijadikan alat untuk menipu ini..

  2. acil said,

    Wrote on August 21, 2009 @ 7:02 pm

    terimakasih atas infonya… ternyata masih ada juga orang yang berniat berbuat jahat pada kita…

  3. jutaones said,

    Wrote on August 21, 2009 @ 8:33 pm

    biasalah manusia nak idup senang..tanpa hirau halal haram..

Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Comment

Name: (Required)

E-mail: (Required)

Website:

Comment: